Maklumat yang anda berikan adalah diperlukan oleh pihak kami. Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, semua maklumat yang diminta oleh KWAP adalah wajib atau relevan kepada kepentingan sah kami. Jika anda tidak memberikan semua maklumat seperti yang diminta dan/atau tidak membenarkan kami memproses maklumat dengan sewajarnya, atau jika anda melarang kami daripada mendapatkan maklumat yang kami perlukan daripada domain awam dan pihak ketiga di atas, kami tidak akan dapat menyimpan rekod lengkap maklumat anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan di atas.
Apabila anda memberi maklumat kepada kami, anda menjamin bahawa maklumat tersebut adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. Di mana anda memberikan data peribadi pihak lain, seperti tanggungan atau ahli keluarga anda, anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk kami memproses data peribadi mereka.
KWAP menyimpan data sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Ini adalah ditentukan berdasarkan kes demi kes yang bergantung kepada perkara-perkara seperti sifat data, tujuan ia dikumpul dan diproses dan keperluan penyimpanan di bawah undang-undang atau operasi yang berkaitan.
Dalam sesetengah keadaan, KWAP boleh menyingkirkan (anonymise) nama dalam maklumat anda atau mengumpulkannya dengan maklumat lain supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda, dimana dalam hal ini KWAP boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa memberi notis lanjut kepada anda.
Dengan memberikan persetujuan secara nyata, anda telah bersetuju untuk memberikan persetujuan nyata (explicit consent) bagi kami memproses data peribadi sensitif anda seperti keadaan dan kesihatan mental atau fizikal anda (termasuk data yang dihasilkan oleh pengecaman muka dan teknologi pengesahan biometrik), kepercayaan agama dan/atau salah laku (sivil atau jenayah, jika ada) untuk tujuan yang dinyatakan di atas atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang.
Kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi sensitif anda daripada pihak lain sekiranya ia dibenarkan di bawah undang-undang.
KWAP boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk yang berada di dalam dan di luar Malaysia) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini:
Selain daripada yang tertera di atas, kami tidak akan menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami boleh menzahirkan data peribadi anda secara suci hati, sekiranya tindakan sedemikian diperlukan untuk mematuhi keperluan kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang (termasuk di luar negara), perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang.
Aplikasi MyPesara mungkin mengandungi pautan luaran ke laman sesawang dan/ atau aplikasi pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas pemprosesan data peribadi anda oleh pihak ketiga tersebut. Sekiranya anda memberikan data peribadi anda secara terus kepada laman sesawang tersebut, dasar perlindungan data peribadi seperti yang disediakan di laman sesawang tersebut akan menentukan pemprosesan data peribadi tersebut.
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan untuk mengakses, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pengurus Perlindungan Data kami seperti berikut:
Tel : +603-21748095
Emel : idpm@kwap.gov.my
Kami akan menangani permohonan anda secepat mungkin sejurus menerima permohonan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran dan kepada undang-undang perlindungan data semasa di Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Sila ambil perhatian bahawa sebarang pindaan kepada Notis ini akan disampaikan kepada anda melalui mod komunikasi yang sesuai.
This site is protected by policies that cover the use and protection of information provided or used by visitors.
Learn More