Maklumat yang anda berikan adalah diperlukan oleh pihak kami. Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, semua maklumat yang diminta oleh KWAP adalah wajib atau relevan kepada kepentingan sah kami. Jika anda tidak memberikan semua maklumat seperti yang diminta dan/atau tidak membenarkan kami memproses maklumat dengan sewajarnya, atau jika anda melarang kami daripada mendapatkan maklumat yang kami perlukan daripada domain awam dan pihak ketiga di atas, kami tidak akan dapat menyimpan rekod lengkap maklumat anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan di atas.
Apabila anda memberi maklumat kepada kami, anda menjamin bahawa maklumat tersebut adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. Di mana anda memberikan data peribadi pihak lain, seperti tanggungan atau ahli keluarga anda, anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk kami memproses data peribadi mereka.
KWAP menyimpan data sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Ini adalah ditentukan berdasarkan kes demi kes yang bergantung kepada perkara-perkara seperti sifat data, tujuan ia dikumpul dan diproses dan keperluan penyimpanan di bawah undang-undang atau operasi yang berkaitan.
Dalam sesetengah keadaan, KWAP boleh menyingkirkan (anonymise) nama dalam maklumat anda atau mengumpulkannya dengan maklumat lain supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda, dimana dalam hal ini KWAP boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa memberi notis lanjut kepada anda.
Dengan memberikan persetujuan secara nyata, anda telah bersetuju untuk memberikan persetujuan nyata (explicit consent) bagi kami memproses data peribadi sensitif anda seperti keadaan dan kesihatan mental atau fizikal anda (termasuk data yang dihasilkan oleh pengecaman muka dan teknologi pengesahan biometrik), kepercayaan agama dan/atau salah laku (sivil atau jenayah, jika ada) untuk tujuan yang dinyatakan di atas atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang.
Kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi sensitif anda daripada pihak lain sekiranya ia dibenarkan di bawah undang-undang.
KWAP boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk yang berada di dalam dan di luar Malaysia) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini:
Selain daripada yang tertera di atas, kami tidak akan menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami boleh menzahirkan data peribadi anda secara suci hati, sekiranya tindakan sedemikian diperlukan untuk mematuhi keperluan kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang (termasuk di luar negara), perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang.
Aplikasi MyPesara mungkin mengandungi pautan luaran ke laman sesawang dan/ atau aplikasi pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas pemprosesan data peribadi anda oleh pihak ketiga tersebut. Sekiranya anda memberikan data peribadi anda secara terus kepada laman sesawang tersebut, dasar perlindungan data peribadi seperti yang disediakan di laman sesawang tersebut akan menentukan pemprosesan data peribadi tersebut.
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan untuk mengakses, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pengurus Perlindungan Data kami seperti berikut:
Tel : +603-21748095
Emel : idpm@kwap.gov.my
Kami akan menangani permohonan anda secepat mungkin sejurus menerima permohonan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran dan kepada undang-undang perlindungan data semasa di Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Sila ambil perhatian bahawa sebarang pindaan kepada Notis ini akan disampaikan kepada anda melalui mod komunikasi yang sesuai.
Aplikasi MyPesara adalah aplikasi yang membolehkan Pengguna mengakses maklumat dan lain-lain Perkhidmatan melalui Peranti Mudah Alih Pengguna dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Ciri-ciri Aplikasi MyPesara ini boleh ditukar dan dikemas kini oleh KWAP dari semasa ke semasa.
Sila baca dengan teliti dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Aplikasi MyPesara ini setiap kali Pengguna mengakses dan menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Aplikasi MyPesara. Dengan mengakses dan menggunakan Aplikasi MyPesara, Pengguna dianggap telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini dan sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua Pengguna Aplikasi MyPesara atau sebahagian darinya.
Pengguna memahami dan bersetuju bahawa akses dan penggunaan Aplikasi MyPesara adalah di atas risiko Pengguna sendiri dan bahawa Aplikasi MyPesara disediakan atas dasar “SEBAGAIMANA YANG BOLEH DIDAPATI” dan “SEPERTIMANA YANG TERSEDIA“. Sekiranya pada bila-bila masa Pengguna tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Pengguna kepada Aplikasi MyPesara dengan serta-merta.
2.1 Pengguna hendaklah pada setiap masa bertanggungjawab bagi mendapatkan dan menggunakan pelayar internet yang perlu dan/atau mana-mana perkakasan dan/atau perisian lain yang perlu termasuk mana-mana versi baharu dan terkini, yang perlu untuk mendapat akses kepada Aplikasi MyPesara di atas risiko serta perbelanjaan Pengguna sendiri.
2.2 Pengguna bersetuju dan mengaku janji untuk tidak menggunakan Aplikasi MyPesara untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan Aplikasi MyPesara termasuklah:
2.3 Pengguna memahami dan bersetuju bahawa akses and penggunaan Aplikasi MyPesara adalah terhad kepada Pengguna yang bermastautin di Malaysia sahaja. Oleh itu, muat turun, penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara tidak disediakan kepada Pengguna ketika berada di luar Malaysia, dan oleh Pengguna yang bukan bermastautin di Malaysia. Dengan meneruskan muat turun, penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara, Pengguna bersetuju dan mengaku janji bahawa ia adalah pemastautin Malaysia dan segala penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara adalah dibuat ketika berada di Malaysia sahaja.
2.4 KWAP mempunyai hak pada bila-bila masa untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan oleh Pengguna dan KWAP mempunyai budi bicara tunggal dan hak mutlak untuk memadam atau meminda Aplikasi MyPesara, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara atau perbuatan yang melanggar Peraturan Penggunaan diatas.
3.1 Bagi menikmati akses kepada laman Perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh mengikut kategori Pengguna yang berkaitan, Pengguna perlu log masuk ke akaun mengikut kategori Pengguna yang relevan. Dengan itu, Pengguna mungkin dikehendaki untuk mengemukakan Maklumat serta input lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat emel, maklumat lain berkaitan persaraan Pengguna dan Kata Laluan. Bagi tujuan klausa ini, Maklumat serta input yang tersenarai di dalam klausa ini akan dirujuk sebagai “Maklumat ‘Log In’”. Bagi mengelakkan keraguan, Maklumat ‘Log In’ perlu dikemukakan setiap kali Pengguna ingin log masuk ke akaun Pengguna.
3.2 Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan, kerahsiaan dan privasi Maklumat ‘Log In’ yang dikemukakan. KWAP tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan, kehilangan atau kebocoran data atau maklumat yang terhasil daripada pengemukaan Maklumat ‘Log In’ bagi tujuan log masuk kali pertama atau penggunaan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna yang tidak dibenarkan atau disebabkan keadaan di luar kawalan KWAP.
4.1 “Program Manfaat” yang terdapat di dalam Aplikasi MyPesara adalah untuk tujuan memberikan tawaran kepada Pengguna di mana Pengguna boleh menggunakan promosi dan faedah lain yang ditawarkan oleh vendor pihak ketiga seperti yang disenaraikan di dalam Aplikasi MyPesara.
4.2 Setiap promosi dan faedah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh vendor pihak ketiga. Bagi mengelakkan keraguan, promosi dan faedah Program Manfaat mungkin hanya ditawarkan kepada beberapa kategori Pengguna yang tertentu sahaja, mengikut ketentuan dan budi bicara vendor pihak ketiga. Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak dan membaca terma dan syarat vendor pihak ketiga sebelum menggunakan apa-apa promosi dan faedah di bawah Program Manfaat.
4.3 Sebarang promosi dan faedah di bawah Program Manfaat tidak boleh dipindah milik atau disebarkan bagi penggunaan pengguna lain selain daripada Pengguna Aplikasi MyPesara.
4.4 KWAP mempunyai budi bicara tunggal dan hak mutlak untuk meminda, menarik balik atau menamatkan Program Manfaat pada bila-bila masa secara keseluruhannya atau sebahagian daripadanya tanpa apa-apa liabiliti terhadap Pengguna.
4.5 Selain jika diarahkan sebaliknya oleh anda, KWAP tidak akan menzahirkan atau berkongsi apa-apa maklumat peribadi kepada vendor pihak ketiga berkenaan Program Manfaat kecuali kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di Klausa 7 Notis Perlindungan Data Peribadi. Vendor pihak ketiga mungkin akan meminta Pengguna untuk mengemukakan maklumat berkaitan Pengguna termasuk maklumat peribadi bagi membolehkan Pengguna menikmati Program Manfaat. Ia adalah terserah kepada Pengguna untuk mendedahkan maklumat tersebut dan sebarang penzahiran maklumat kepada vendor pihak ketiga adalah di atas risiko Pengguna sepenuhnya dan akan tertakluk kepada terma dan syarat dan juga dasar perlindungan data peribadi yang ditetapkan oleh vendor pihak ketiga tersebut. KWAP tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang gantirugi dan/atau kerugian yang dialami Pengguna yang timbul akibat daripada sebarang penzahiran yang tidak dibenarkan atau penyalahgunaan maklumat oleh vendor pihak ketiga di bawah Program Manfaat.
5.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya, hak harta intelektual Aplikasi MyPesara, Perkhidmatan dan isi kandungannya samada berdaftar atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video dan susunannya adalah kepunyaan KWAP, dan dilindungi oleh undang-undang hak intelektual Malaysia dan antarabangsa yang berkenaan. Tiada mana-mana bahagian atau sebahagian daripadanya boleh diubah, ditiru, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, dilakukan, dihasilkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijualkan atau diuruskan secara komersil dalam apa-apa jua cara tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KWAP. Mana-mana pengeluaran semula, penghantaran semula, peniruan atau pengubahsuaian mana-mana kandungan Aplikasi MyPesara yang tidak dibenarkan, mungkin melanggar hak-hak statut dan ‘common law’ yang boleh menjadi subjek tindakan undang-undang. KWAP menafikan semua liabiliti yang mungkin timbul dari pengeluaran semula penggunaan kandungan Aplikasi MyPesara yang tidak dibenarkan.
5.2 Tiada lesen atau hak diberikan kepada Pengguna dan akses Pengguna ke Aplikasi MyPesara tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana isi kandungan Aplikasi MyPesara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KWAP atau pemilik hak harta intelektual pihak ketiga yang berkaitan.
6.1 Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Aplikasi MyPesara adalah hak milik KWAP dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Aplikasi MyPesara.
6.2 Melainkan jika kebenaran bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWAP atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Aplikasi MyPesara untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika kebenaran bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWAP atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan, tiada tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Aplikasi MyPesara atau mana-mana laman lain.
7.1 KWAP berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggal dan hak mutlaknya pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa merujuk dan memberi notis kepada Pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak dan membaca semula dari semasa ke semasa Terma dan Syarat yang terkini untuk mengetahui tentang apa-apa perubahan sedemikian. Akses atau penggunaan berterusan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna akan ditafsirkan dan dianggap sebagai pematuhan, pengakuan dan penerimaan Pengguna kepada Terma dan Syarat yang telah dikemaskinikan.
8.1 KWAP akan berusaha untuk mengekalkan operasi Aplikasi MyPesara yang lancar. Walau bagaimanapun, kesukaran teknikal atau penyelenggaraan mungkin, dari semasa ke semasa, boleh menyebabkan gangguan sementara. KWAP berhak, secara berkala dan pada bila-bila masa, untuk mengubah suai dan memberhentikan, secara sementara atau tetap, fungsi dan ciri-ciri Aplikasi MyPesara, dengan atau tanpa notis, tanpa apa-apa liabiliti terhadap Pengguna, untuk sebarang gangguan, pengubahsuaian, atau pemberhentian akses dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara atau apa-apa fungsi atau ciri-ciri Perkhidmatannya.
9.1 Perkhidmatan Aplikasi MyPesara mungkin digabungkan atau dipautkan dengan aplikasi pihak ketiga, laman sesawang, dan perkhidmatan (“Aplikasi Pihak Ketiga“) untuk menyediakan isi kandungan, produk, dan/atau perkhidmatan yang menyeluruh kepada Pengguna. Gabungan atau pautan laman sesawang tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan KWAP dan mungkin mengandungi terma dan syarat penggunaan serta dasar privasi tersendiri. Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga ini akan ditadbir urus oleh dan tertakluk kepada terma dan syarat serta dasar privasi sedemikian. KWAP tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman sesawang tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.
9.2 Pautan yang disediakan di dalam Aplikasi MyPesara tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman sesawang tersebut atau kandungan di dalamnya oleh KWAP. Pautan ke laman sesawang lain adalah atas risiko Pengguna sendiri dan KWAP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan berkaitan dengan pautan.
9.3 Pengguna memahami dan bersetuju bahawa KWAP tidak bertanggungjawab atau boleh didakwa untuk sebarang transaksi antara Pengguna dan pembekal pihak ketiga, Aplikasi Pihak Ketiga atau perkhidmatan yang diiklankan pada atau melalui Aplikasi MyPesara.
10.1 KWAP tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem Peranti Mudah Alih Pengguna. Pengguna akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.
10.2 KWAP tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Aplikasi MyPesara.
11.1 Dengan mengakses Aplikasi MyPesara, Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa KWAP boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat atau mana-mana maklumat untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Aplikasi MyPesara. Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi mana-mana perundangan, undang-undang (termasuklah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, jika terpakai) atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.
11.2 Pengguna bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Aplikasi MyPesara, bahawa Maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju untuk tidak memegang KWAP bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.
11.3 Pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat Pengguna dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa pada bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
11.4 Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat atau secara amnya berkenaan dengan akses dan penggunaan Aplikasi MyPesara ini seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini dan mana-mana aturan dan peraturan lain, dasar atau garis panduan yang mungkin berkuat kuasa berhubung dengannya.
11.5 Pengguna menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat Pengguna dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, Pengguna hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan penzahiran, penemuan atau Pengguna harus memaklumkan kepada KWAP dengan segera.
12.1 Bagi memastikan keberkesanan penggunaan Aplikasi MyPesara secara menyeluruh dan efisyen oleh Pengguna, terutamanya askes kepada Perkhidmatan serta Maklumat Persaraan, KWAP perlu, apabila relevan, memproses dan menggunakan data peribadi Pengguna. KWAP memandang aspek privasi semua Pengguna secara serius
12.2 Notis Perlindungan Data Peribadi kami akan mentadbir pengumpulan dan pemprosesan data peribadi yang anda berikan kepada kami melalui akses and penggunaan Aplikasi MyPesara. Butiran lanjut mengenai Notis Perlindungan Data Peribadi kami boleh didapatkan di sini.
13.1 Pengguna memahami dan bersetuju bahawa Aplikasi MyPesara diberikan “SEBAGAIMANA YANG BOLEH DIDAPATI” dan “SEPERTIMANA YANG TERSEDIA”, tanpa apa-apa jenis waranti atau keadaan. Pengguna menggunakan Aplikasi MyPesara atas risiko Pengguna sendiri. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkenaan, KWAP tidak membuat sebarang perwakilan dan menafikan sebarang waranti atau keadaan kepuasan kualiti, kebolehpasaran, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tanpa pelanggaran. KWAP juga tidak menjamin bahawa Aplikasi MyPesara bebas daripada ‘malware’ atau lain-lain komponen yang boleh memberi kesan buruk kepada Peranti Mudah Alih Pengguna. KWAP tidak membuat perwakilan atau waranti, endors, jaminan, atau andaian tanggungjawab untuk mana-mana aplikasi atau laman sesawang pihak ketiga (atau kandungan dengannya), kandungan pengguna, atau mana-mana perkhidmatan lain yang diiklankan atau ditawarkan oleh pihak ketiga pada atau melalui Aplikasi MyPesara atau tapak sesawang hiperpautan, atau ciri-ciri dalam sebarang sepanduk atau pengiklanan. Tiada nasihat atau maklumat sama ada secara bertulis atau tidak bertulis yang Pengguna perolehi daripada KWAP harus membentuk waranti bagi pihak KWAP berkenaan dengan ini.
14.1 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, remedi eksklusif dan tunggal Pengguna untuk sebarang masalah atau ketidakpuasan dengan Aplikasi MyPesara atau Aplikasi Pihak Ketiga ialah untuk menghentikan akses atau penggunaan Aplikasi MyPesara dan menyahpasangkan Aplikasi MyPesara daripada Peranti Mudah Alih Pengguna.
14.2 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, KWAP dan/atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam apa jua keadaan di bawah teori perundangan, kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung, punitif, khusus, sampingan atau berbangkit daripada sebarang bentuk, termasuk tanpa had, sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Pengguna atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Aplikasi MyPesara ini, kebergantungan kepada Maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi MyPesara, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya daripada penggunaan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna.
14.3 Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
15.1 Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkenaan, Pengguna dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi KWAP sepenuhnya, daripada dan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk fi peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada (1) sebarang pelanggaran ke atas Terma dan Syarat Aplikasi MyPesara ini dan/atau Notis Perlindungan Data Peribadi oleh Pengguna; (2) ketidakpatuhan dan ketidakakuran Pengguna oleh tatacara dan prosedur dalam Aplikasi MyPesara; (3) kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Pengguna; (4) pelanggaran mana-mana hak cipta dan harta intelek di mana-mana bahagian Aplikasi MyPesara; (5) ketidaksediaan Aplikasi MyPesara disebabkan lokasi, kesediaan rangakaian mudah alih dan kefungsian Peranti Mudah Alih yang betul; dan (6) apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian Pengguna atau salah laku secara sengaja oleh Pengguna.
16.1 Pengguna bersetuju dan mengakui bahawa KWAP berhak untuk mengehadkan, menamatkan, menahan atau menggantung secara keseluruhan atau sebahagian akses dan/atau penggunaan Pengguna ke Aplikasi MyPesara dan Perkhidmatan, tanpa sebarang liabiliti terhadap Pengguna, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab atau sekiranya Pengguna melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak KWAP atau pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Pengguna telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
17.1 Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Aplikasi MyPesara ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini, Pengguna dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
18.1 Sekiranya KWAP gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, KWAP tidak akan dianggap sebagai mengenepikan hak KWAP untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak KWAP terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Pengguna.
18.2 Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
18.3 Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.
19.1 KWAP boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan notis semasa kepada Pengguna melalui “push notification” Aplikasi MyPesara. Fungsi ini boleh dinyahaktifkan di bahagian tetapan Aplikasi MyPesara.
20.1 Pengguna mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara adalah atas risiko Pengguna sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara adalah setiap masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut:
20.2 Pengguna bersetuju bahawa KWAP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi MyPesara, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi MyPesara.