Gangguan Sistem Perkhidmatan Atas Talian KWAP Pada 15 Hingga 20 September 2021

Perkhidmatan atas talian Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] akan menjalani kerja penyelenggaraan yang akan mengakibatkan gangguan sistem dari 15 September 2021 pada jam 6.30 petang hingga 20 September 2021 pada jam 7.00 pagi.

Sistem yang terjejas merangkumi perkhidmatan berikut:

  • Aplikasi Mudah Alih MyPesara
  • Aplikasi Atas Talian (apps.jpapencen.gov.my)
  • Sistem PowerGen2
  • eHemodialisis

Anda digalakkan untuk menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan KWAP di talian 03-8887 8777 pada waktu operasi atau menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my bagi semua urusan berkaitan persaraan.


Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama dari pihak anda dalam perkara ini amat dihargai.

Terima kasih.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.