Anugerah MyPesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana yang disediakan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat, dan Keusahawanan. Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan kepentingan untuk kekal aktif dan positif walaupun sudah bersara.
Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah menyumbang dalam penyediaan bantuan kepada komuniti yang kekurangan sumber disamping meningkatkan kesedaran sosial di platform negeri hingga antarabangsa.
Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah terlibat secara aktif dalam mempertingkatkan proses pembelajaran dan membuka jalan untuk akses pendidikan kepada masyarakat yang terpinggir.
Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah mempamerkan kemahiran keusahawanan yang cemerlang melalui perniagaan yang mampan dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perkhidmatan, pembuatan, makanan & minuman, dan lain-lain lagi dimana peluang pekerjaan diwujudkan dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Anugerah MyPesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana yang disediakan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat dan Keusahawanan.
Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan kepentingan untuk kekal aktif dan positif walaupun sudah bersara.
Aras 36, Menara Integra,
The Intermark,
348, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Level 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor,
Malaysia
This site is protected by policies that cover the use and protection of information provided or used by visitors.
Learn More