APLIKASI MYPESARA TERMA DAN SYARAT

Aplikasi MyPesara adalah aplikasi yang membolehkan Pengguna mengakses maklumat dan lain-lain Perkhidmatan melalui Peranti Mudah Alih Pengguna dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Ciri-ciri Aplikasi MyPesara ini boleh ditukar dan dikemas kini oleh KWAP dari semasa ke semasa.

 

Sila baca dengan teliti dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Aplikasi MyPesara ini setiap kali Pengguna mengakses dan menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Aplikasi MyPesara. Dengan mengakses dan menggunakan Aplikasi MyPesara, Pengguna dianggap telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini dan sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua Pengguna Aplikasi MyPesara atau sebahagian darinya.

 

Pengguna memahami dan bersetuju bahawa akses dan penggunaan Aplikasi MyPesara adalah di atas risiko Pengguna sendiri dan bahawa Aplikasi MyPesara disediakan atas dasar “SEBAGAIMANA YANG BOLEH DIDAPATI” dan “SEPERTIMANA YANG TERSEDIA“. Sekiranya pada bila-bila masa Pengguna tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Pengguna kepada Aplikasi MyPesara dengan serta-merta.

1. DEFINISI
  1. Akta Pencen 1980
    ertinya Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
  2. Aplikasi MyPesara
    ertinya aplikasi perisian yang dimuat turun dan dipasang oleh Pengguna di dalam Peranti Mudah Alih Pengguna yang mengandungi Perkhidmatan, Isi Kandungan dan perkhidmatan tambahan lain sepertimana yang diperuntukkan oleh KWAP dari semasa ke semasa.
  3. ID Pengguna
    ertinya karakter pengenalan yang digunakan oleh Pengguna bagi tujuan mengakses laman Perkhidmatan.
  4. Isi Kandungan
    ertinya apa-apa dan semua fungsi, perkhidmatan, data, maklumat, bahan, laporan dan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan ringkas, imej, lambang, dan bentuk seperti mana yang dipaparkan atau dimuat naikkan di dalam Aplikasi MyPesara.
  5. Kata Laluan
    ertinya karakter istimewa yang diketahui secara peribadi yang digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan bagi mengakses laman Perkhidmatan.
  6. KWAP
    ertinya Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Act 662).
  7. Maklumat
    ertinya apa-apa maklumat, teks, data peribadi, data, kenyataan, bahan, mesej atau sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan Pengguna yang akan dipaparkan dan dinyatakan di dalam Aplikasi MyPesara. Berdasarkan konteks yang berkaitan, Maklumat boleh merangkumi Maklumat ‘Log In’ dan Maklumat Persaraan.
  8. Maklumat ‘Log In
    ertinya definisi seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 3 Terma dan Syarat ini.
  9. Maklumat Persaraan
    ertinya laman yang boleh diakses oleh Pesara sahaja melalui Aplikasi MyPesara yang membolehkan Pesara mengakses dan merujuk Maklumat dan maklumat-maklumat persaraan Pesara.
  10. Notis Perlindungan Data Peribadi
    ertinya notis yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda berkenaan dengan akses dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang boleh dilihat di sini.
  11. Pengguna
    ertinya sesiapa saja yang memuat turun dan log masuk atau sekadar menggunakan Aplikasi MyPesara secara am. Berdasarkan konteks yang berkaitan, Pengguna boleh merangkumi Pesara.
  12. Peranti Mudah Alih
    ertinya apa-apa jenis alat peranti mudah alih, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik lain yang digunakan oleh Pengguna bagi tujuan mengakses dan menggunakan Aplikasi MyPesara.
  13. Perkhidmatan
    ertinya semua perkhidmatan atas talian untuk akses dan penggunaan Isi Kandungan, rujukan informasi dan semakan Maklumat dan Maklumat Persaraan serta akses dan penggunaan perkhidmatan lain yang tidak berkaitan dengan persaraan yang disediakan dari semasa ke semasa di dalam Aplikasi MyPesara. Bagi mengelakkan keraguan, laman Perkhidmatan mungkin mengadungi informasi yang berbeza mengikut akaun kategori Pengguna yang berkaitan.
  14. Pesara
    ertinya seseorang seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 12A, Akta Pencen 1980.
  15. Program Manfaat
    ertinya definisi yang seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 4 Terma dan Syarat ini.
  16. Terma dan Syarat
    ertinya terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung disini dan sebarang pindaan atau variasi daripadanya bagi tujuan akses dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara, Isi Kandungan dan Perkhidmatan.
2. PERATURAN PENGGUNAAN

2.1 Pengguna hendaklah pada setiap masa bertanggungjawab bagi mendapatkan dan menggunakan pelayar internet yang perlu dan/atau mana-mana perkakasan dan/atau perisian lain yang perlu termasuk mana-mana versi baharu dan terkini, yang perlu untuk mendapat akses kepada Aplikasi MyPesara di atas risiko serta perbelanjaan Pengguna sendiri.

 

2.2  Pengguna bersetuju dan mengaku janji untuk tidak menggunakan Aplikasi MyPesara untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan Aplikasi MyPesara termasuklah:

  1. Mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa;
  2. Mengeluarkan atau meminda sebarang hak cipta, tanda dagangan atau lain-lain harta intelek yang terkandung dalam Aplikasi MyPesara yang mungkin menyalahi undang-undang yang berkenaan;
  3. Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran;
  4. Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai KWAP atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Pengguna dengan mana-mana individu atau entiti;
  5. Membenarkan atau berkongsi kata laluan bagi membolehkan mana-mana individu lain untuk mengakses Aplikasi MyPesara atau membiarkan Peranti Mudah Alih tanpa pengawasan yang boleh menyebabkan individu lain mengakses Aplikasi MyPesara;
  6. Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;
  7. Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
  8. Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem KWAP;
  9. Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam);
  10. Menjual semula atau menyediakan Aplikasi MyPesara, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya;
  11. Membuat semula, menyusun semula, kejuruteraan berbalik dan cuba untuk mendapatkan source code, mengubahsuai, membuat kerja terbitan Aplikasi MyPesara, pengemaskinian perisian atau mana-mana bahagian ke atas Aplikasi MyPesara berkenaan; dan
  12. Memasang atau menggunakan Aplikasi MyPesara pada ‘jail-broken’ atau ‘rooted device’ yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan Peranti Mudah Alih.

 

2.3  Pengguna memahami dan bersetuju bahawa akses and penggunaan Aplikasi MyPesara adalah terhad kepada Pengguna yang bermastautin di Malaysia sahaja. Oleh itu, muat turun, penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara tidak disediakan kepada Pengguna ketika berada di luar Malaysia, dan oleh Pengguna yang bukan bermastautin di Malaysia. Dengan meneruskan muat turun, penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara, Pengguna bersetuju dan mengaku janji bahawa ia adalah pemastautin Malaysia dan segala penggunaan dan akses kepada Aplikasi MyPesara adalah dibuat ketika berada di Malaysia sahaja.

 

2.4 KWAP mempunyai hak pada bila-bila masa untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan oleh Pengguna dan KWAP mempunyai budi bicara tunggal dan hak mutlak untuk memadam atau meminda Aplikasi MyPesara, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara atau perbuatan yang melanggar Peraturan Penggunaan diatas.

3. MAKLUMAT ‘LOG IN’

3.1  Bagi menikmati akses kepada laman Perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh mengikut kategori Pengguna yang berkaitan, Pengguna perlu log masuk ke akaun mengikut kategori Pengguna yang relevan. Dengan itu, Pengguna mungkin dikehendaki untuk mengemukakan Maklumat serta input lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat emel, maklumat lain berkaitan persaraan Pengguna dan Kata Laluan. Bagi tujuan klausa ini, Maklumat serta input yang tersenarai di dalam klausa ini akan dirujuk sebagai “Maklumat ‘Log In”. Bagi mengelakkan keraguan, Maklumat ‘Log In’ perlu dikemukakan setiap kali Pengguna ingin log masuk ke akaun Pengguna.

 

3.2 Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan, kerahsiaan dan privasi Maklumat ‘Log In’ yang dikemukakan. KWAP tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan, kehilangan atau kebocoran data atau maklumat yang terhasil daripada pengemukaan Maklumat ‘Log In’ bagi tujuan log masuk kali pertama atau penggunaan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna yang tidak dibenarkan atau disebabkan keadaan di luar kawalan KWAP.

4. PANDUAN PENGGUNAAN PROGRAM MANFAAT DI BAWAH KOLABORASI BERSAMA VENDOR PIHAK KETIGA

4.1 “Program Manfaat” yang terdapat di dalam Aplikasi MyPesara adalah untuk tujuan memberikan tawaran kepada Pengguna di mana Pengguna boleh menggunakan promosi dan faedah lain yang ditawarkan oleh vendor pihak ketiga seperti yang disenaraikan di dalam Aplikasi MyPesara.

 

4.2 Setiap promosi dan faedah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh vendor pihak ketiga. Bagi mengelakkan keraguan, promosi dan faedah Program Manfaat mungkin hanya ditawarkan kepada beberapa kategori Pengguna yang tertentu sahaja, mengikut ketentuan dan budi bicara vendor pihak ketiga. Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak dan membaca terma dan syarat vendor pihak ketiga sebelum menggunakan apa-apa promosi dan faedah di bawah Program Manfaat.

 

4.3  Sebarang promosi dan faedah di bawah Program Manfaat tidak boleh dipindah milik atau disebarkan bagi penggunaan pengguna lain selain daripada Pengguna Aplikasi MyPesara.

 

4.4 KWAP mempunyai budi bicara tunggal dan hak mutlak untuk meminda, menarik balik atau menamatkan Program Manfaat pada bila-bila masa secara keseluruhannya atau sebahagian daripadanya tanpa apa-apa liabiliti terhadap Pengguna.

 

4.5 Selain jika diarahkan sebaliknya oleh anda, KWAP tidak akan menzahirkan atau berkongsi apa-apa maklumat peribadi kepada vendor pihak ketiga berkenaan Program Manfaat kecuali kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan di Klausa 7 Notis Perlindungan Data Peribadi. Vendor pihak ketiga mungkin akan meminta Pengguna untuk mengemukakan maklumat berkaitan Pengguna termasuk maklumat peribadi bagi membolehkan Pengguna menikmati Program Manfaat. Ia adalah terserah kepada Pengguna untuk mendedahkan maklumat tersebut dan sebarang penzahiran maklumat kepada vendor pihak ketiga adalah di atas risiko Pengguna sepenuhnya dan akan tertakluk kepada terma dan syarat dan juga dasar perlindungan data peribadi yang ditetapkan oleh vendor pihak ketiga tersebut. KWAP tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang gantirugi dan/atau kerugian yang dialami Pengguna yang timbul akibat daripada sebarang penzahiran yang tidak dibenarkan atau penyalahgunaan maklumat oleh vendor pihak ketiga di bawah Program Manfaat.

5. HAK HARTA INTELEKTUAL

5.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya, hak harta intelektual Aplikasi MyPesara, Perkhidmatan dan isi kandungannya samada berdaftar atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video dan susunannya adalah kepunyaan KWAP, dan dilindungi oleh undang-undang hak intelektual Malaysia dan antarabangsa yang berkenaan. Tiada mana-mana bahagian atau sebahagian daripadanya boleh diubah, ditiru, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, dilakukan, dihasilkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijualkan atau diuruskan secara komersil dalam apa-apa jua cara tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KWAP. Mana-mana pengeluaran semula, penghantaran semula, peniruan atau pengubahsuaian mana-mana kandungan Aplikasi MyPesara yang tidak dibenarkan, mungkin melanggar hak-hak statut dan ‘common law’ yang boleh menjadi subjek tindakan undang-undang. KWAP menafikan semua liabiliti yang mungkin timbul dari pengeluaran semula penggunaan kandungan Aplikasi MyPesara yang tidak dibenarkan.

 

5.2 Tiada lesen atau hak diberikan kepada Pengguna dan akses Pengguna ke Aplikasi MyPesara tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana isi kandungan Aplikasi MyPesara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KWAP atau pemilik hak harta intelektual pihak ketiga yang berkaitan.

6. TANDA DAGANG

6.1 Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Aplikasi MyPesara adalah hak milik KWAP dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Aplikasi MyPesara.

 

6.2 Melainkan jika kebenaran bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWAP atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Aplikasi MyPesara untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika kebenaran bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada KWAP atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan, tiada tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Aplikasi MyPesara atau mana-mana laman lain.

7. PINDAAN

7.1  KWAP berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggal dan hak mutlaknya pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa merujuk dan memberi notis kepada Pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak dan membaca semula dari semasa ke semasa Terma dan Syarat yang terkini untuk mengetahui tentang apa-apa perubahan sedemikian. Akses atau penggunaan berterusan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna akan ditafsirkan dan dianggap sebagai pematuhan, pengakuan dan penerimaan Pengguna kepada Terma dan Syarat yang telah dikemaskinikan.

8. HAD PERKHIDMATAN DAN PENGUBAHSUAIAN

8.1 KWAP akan berusaha untuk mengekalkan operasi Aplikasi MyPesara yang lancar. Walau bagaimanapun, kesukaran teknikal atau penyelenggaraan mungkin, dari semasa ke semasa, boleh menyebabkan gangguan sementara. KWAP berhak, secara berkala dan pada bila-bila masa, untuk mengubah suai dan memberhentikan, secara sementara atau tetap, fungsi dan ciri-ciri Aplikasi MyPesara, dengan atau tanpa notis, tanpa apa-apa liabiliti terhadap Pengguna, untuk sebarang gangguan, pengubahsuaian, atau pemberhentian akses dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara atau apa-apa fungsi atau ciri-ciri Perkhidmatannya.

9. PAUTAN KE LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA

9.1 Perkhidmatan Aplikasi MyPesara mungkin digabungkan atau dipautkan dengan aplikasi pihak ketiga, laman sesawang, dan perkhidmatan (“Aplikasi Pihak Ketiga“) untuk menyediakan isi kandungan, produk, dan/atau perkhidmatan yang menyeluruh kepada Pengguna. Gabungan atau pautan laman sesawang tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan KWAP dan mungkin mengandungi terma dan syarat penggunaan serta dasar privasi tersendiri. Penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga ini akan ditadbir urus oleh dan tertakluk kepada terma dan syarat serta dasar privasi sedemikian. KWAP tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman sesawang tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.

 

9.2 Pautan yang disediakan di dalam Aplikasi MyPesara tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman sesawang tersebut atau kandungan di dalamnya oleh KWAP. Pautan ke laman sesawang lain adalah atas risiko Pengguna sendiri dan KWAP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan berkaitan dengan pautan.

 

9.3 Pengguna memahami dan bersetuju bahawa KWAP tidak bertanggungjawab atau boleh didakwa untuk sebarang transaksi antara Pengguna dan pembekal pihak ketiga, Aplikasi Pihak Ketiga atau perkhidmatan yang diiklankan pada atau melalui Aplikasi MyPesara.

10. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

10.1 KWAP tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem Peranti Mudah Alih Pengguna. Pengguna akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.

 

10.2 KWAP tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Aplikasi MyPesara.

11. KERAHSIAAN MAKLUMAT

11.1 Dengan mengakses Aplikasi MyPesara, Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa KWAP boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat atau mana-mana maklumat untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Aplikasi MyPesara. Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi mana-mana perundangan, undang-undang (termasuklah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, jika terpakai) atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.

 

11.2 Pengguna bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Aplikasi MyPesara, bahawa Maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju untuk tidak memegang KWAP bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.

 

11.3 Pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat Pengguna dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa pada bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.

 

11.4 Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat atau secara amnya berkenaan dengan akses dan penggunaan Aplikasi MyPesara ini seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini dan mana-mana aturan dan peraturan lain, dasar atau garis panduan yang mungkin berkuat kuasa berhubung dengannya.

 

11.5 Pengguna menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana ID Pengguna, Kata Laluan serta Maklumat Pengguna dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, Pengguna hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan penzahiran, penemuan atau Pengguna harus memaklumkan kepada KWAP dengan segera.

12. DASAR PRIVASI

12.1 Bagi memastikan keberkesanan penggunaan Aplikasi MyPesara secara menyeluruh dan efisyen oleh Pengguna, terutamanya askes kepada Perkhidmatan serta Maklumat Persaraan, KWAP perlu, apabila relevan, memproses dan menggunakan data peribadi Pengguna. KWAP memandang aspek privasi semua Pengguna secara serius

12.2 Notis Perlindungan Data Peribadi kami akan mentadbir pengumpulan dan pemprosesan data peribadi yang anda berikan kepada kami melalui akses and penggunaan Aplikasi MyPesara. Butiran lanjut mengenai Notis Perlindungan Data Peribadi kami boleh didapatkan di sini.

13. WARANTI DAN PENAFIAN

13.1 Pengguna memahami dan bersetuju bahawa Aplikasi MyPesara diberikan “SEBAGAIMANA YANG BOLEH DIDAPATI” dan “SEPERTIMANA YANG TERSEDIA”, tanpa apa-apa jenis waranti atau keadaan. Pengguna menggunakan Aplikasi MyPesara atas risiko Pengguna sendiri. Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkenaan, KWAP tidak membuat sebarang perwakilan dan menafikan sebarang waranti atau keadaan kepuasan kualiti, kebolehpasaran, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tanpa pelanggaran. KWAP juga tidak menjamin bahawa Aplikasi MyPesara bebas daripada ‘malware’ atau lain-lain komponen yang boleh memberi kesan buruk kepada Peranti Mudah Alih Pengguna. KWAP tidak membuat perwakilan atau waranti, endors, jaminan, atau andaian tanggungjawab untuk mana-mana aplikasi atau laman sesawang pihak ketiga (atau kandungan dengannya), kandungan pengguna, atau mana-mana perkhidmatan lain yang diiklankan atau ditawarkan oleh pihak ketiga pada atau melalui Aplikasi MyPesara atau tapak sesawang hiperpautan, atau ciri-ciri dalam sebarang sepanduk atau pengiklanan. Tiada nasihat atau maklumat sama ada secara bertulis atau tidak bertulis yang Pengguna perolehi daripada KWAP harus membentuk waranti bagi pihak KWAP berkenaan dengan ini.

14. HAD LIABILITI

14.1 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, remedi eksklusif dan tunggal Pengguna untuk sebarang masalah atau ketidakpuasan dengan Aplikasi MyPesara atau Aplikasi Pihak Ketiga ialah untuk menghentikan akses atau penggunaan Aplikasi MyPesara dan menyahpasangkan Aplikasi MyPesara daripada Peranti Mudah Alih Pengguna.

 

14.2 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, KWAP dan/atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam apa jua keadaan di bawah teori perundangan, kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung, punitif, khusus, sampingan atau berbangkit daripada sebarang bentuk, termasuk tanpa had, sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Pengguna atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Aplikasi MyPesara ini, kebergantungan kepada Maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi MyPesara, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya daripada penggunaan Aplikasi MyPesara oleh Pengguna.

 

14.3 Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. 

15. INDEMNITI DAN GANTI RUGI

15.1 Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkenaan, Pengguna dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi KWAP sepenuhnya, daripada dan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk fi peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada (1) sebarang pelanggaran ke atas Terma dan Syarat Aplikasi MyPesara ini dan/atau Notis Perlindungan Data Peribadi oleh Pengguna; (2) ketidakpatuhan dan ketidakakuran Pengguna  oleh tatacara dan prosedur dalam Aplikasi MyPesara; (3) kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Pengguna; (4) pelanggaran mana-mana hak cipta dan harta intelek di mana-mana bahagian Aplikasi MyPesara; (5) ketidaksediaan Aplikasi MyPesara disebabkan lokasi, kesediaan rangakaian mudah alih dan kefungsian Peranti Mudah Alih yang betul; dan (6) apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian Pengguna atau salah laku secara sengaja oleh Pengguna.

16. PENAMATAN PENGGUNAAN

16.1 Pengguna bersetuju dan mengakui bahawa KWAP berhak untuk mengehadkan, menamatkan, menahan atau menggantung secara keseluruhan atau sebahagian akses dan/atau penggunaan Pengguna ke Aplikasi MyPesara dan Perkhidmatan, tanpa sebarang liabiliti terhadap Pengguna, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab atau sekiranya Pengguna melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak KWAP atau pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Pengguna telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

17. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

17.1 Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Aplikasi MyPesara ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini, Pengguna dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

18. PENGENEPIAN

18.1 Sekiranya KWAP gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, KWAP tidak akan dianggap sebagai mengenepikan hak KWAP untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak KWAP terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Pengguna.

 

18.2 Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

 

18.3 Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.

19. PUSH NOTIFICATION

19.1 KWAP boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan notis semasa kepada Pengguna melalui “push notification” Aplikasi MyPesara. Fungsi ini boleh dinyahaktifkan di bahagian tetapan Aplikasi MyPesara.

20. LAIN-LAIN

20.1 Pengguna mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara adalah atas risiko Pengguna sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi MyPesara adalah setiap masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut:

  1. Pengguna tidak boleh menggunakan Aplikasi MyPesara bagi tujuan selain dari untuk tujuan Perkhidmatan dan/atau bagi tujuan sepertimana yang ditentukan oleh KWAP dari semasa ke semasa;
  2. Pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan Aplikasi MyPesara di dalam Peranti Mudah Alih Pengguna;
  3. Perkhidmatan lain yang terdapat di dalam laman Perkhidmatan atau di mana-mana laman di dalam Aplikasi MyPesara termasuk tetapi tidak terhad kepada panduan waktu solat, rekod kesihatan, kalkulator kewangan, informasi dan tips pengurusan kesihatan dan perancangan kewangan adalah sebagai panduan dan rujukan sahaja dan KWAP tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan dan/atau ganti rugi yang dialami oleh Pengguna terhadap apa-apa keralatan, kesilapan, kesahihan atau ketidak tepatan maklumat, nasihat atau arahan yang dipaparkan termasuklah mana-mana maklumat, nasihat atau arahan yang mungkin diberi oleh vendor pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan tersebut;
  4. Pengguna tidak boleh menggunakan Aplikasi MyPesara bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta, peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan; dan
  5. Sebagai tambahan kepada Klausa 2.3 di atas, Pengguna hendaklah memuat turun Aplikasi MyPesara dari Apple App Store, Google Play atau aplikasi lain yang dibenarkan oleh KWAP.

 

20.2  Pengguna bersetuju bahawa KWAP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi MyPesara, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi MyPesara.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.