Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP.

Sila pilih menu di bawah untuk memudahkan

carian anda.


Choose an option...

Kenyataan Akhbar

KWAP hulur sumbangan bantu negara menghadapi pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 6 May 2020 – Di saat negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, pelbagai pihak telah tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia secara amnya. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAPI juga turut memainkan peranannya dengan menyumbang dron berserta aksesori bernilai RM100,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha PDRM untuk membendung dan memantau penyebaran wabak COVID-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemberian dron tambahan ini diharapkan akan dapat membantu menambahbaik operasi PDRM dalam usaha pemantauan serta mencapai liputan yang lebih luas terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar dipantau.

 

Usaha ini merupakan kerjasama dengan salah satu syarikat pelaburan portfolio teknologi KWAP, Aerodyne Group. Aerodyne Group merupakan sebuah syarikat global berpusat di Malaysia yang menyediakan solusi dan perkhidmatan pengurusan aset berasaskan dron. Aerodyne Group akan bekerjasama dengan PDRM dalam usaha pemantauan udara sepanjang PKP dan akan terus berkongsi kemahiran dan melatih anggota anggota PDRM supaya pihak PDRM dapat mengguna pakai sepenuhnya ciri-ciri pemantauan canggih yang dilengkapi pada dron-dron tersebut.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah menerima sumbangan dron tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman dengan disaksikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang juga merupakan bekas Pengerusi KWAP.

 

Di samping itu, KWAP turut menyumbang RM500,000 kepada GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN). Sumbangan ini bertujuan untuk membeli peralatan perubatan seperti PPE, ventilator, dan bekalan makanan semasa wabak ini. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu barisan hadapan kita seperti kakitangan perubatan, penjawat awam berunifom serta pihak berkuasa lain yang terlibat dalam menjalankan tugas seharian mereka.

 

Syed Hamadah berkata, “Usaha kami ini adalah selaras dengan Garis Panduan Alam Sekitar, Sosial dan Pentadbiran (ESG) KWAP. Kami peka akan keadaan krisis COVID-19 yang sedang dihadapi oleh negara sekarang inidan diharapkan sumbangan ini dapat membantu semua pihak-pihak yang berkenaan.”

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Syed Hamadah Syed Othman (paling kiri) menyerahkan cek kepada Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador (paling kanan). Penyerahan dron itu telah disaksikan oleh Menteri Kewangan, TengkuDato’SriZafrul Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri), dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang juga bekas Pengerusi KWAP.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.