Kaunter Perkhidmatan KWAP Masih Ditutup Sepanjang Tempoh Lanjutan PKP

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Kaunter Perkhidmatan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] di Cyberjaya akan kekal ditutup sehingga 28 Jun 2021. Kakitangan KWAP juga akan terus berkerja dari rumah sepanjang tempoh tersebut.

Orang ramai masih boleh menggunakan ‘drop box’ yang telah disediakan di luar Perkhidmatan KWAP di Cyberjaya bagi tujuan penyerahan dokumen.

Anda juga digalakkan untuk menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di talian 03-8887 8777 pada waktu operasi atau menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my bagi sebarang urusan berkaitan persaraan.

Kerjasama dan perhatian anda dalam perkara ini amat kami hargai. Terima kasih.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.