Kaunter Perkhidmatan KWAP Ditutup Sepanjang PKP

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, Perkhidmatan Kaunter Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] di Cyberjaya akan ditutup mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Kakitangan KWAP akan terus bekerja dari rumah sepanjang tempoh ini.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan perkhidmatan utama tidak terganggu, kotak drop untuk penyerahan dokumen disediakan di luar kaunter perkhidmatan untuk orang ramai.

Kami menggalakkan orang ramai menghubungi Pusat Panggilan KWAP di talian 03-8887 8777 semasa waktu operasi atau menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my untuk sebarang urusan berkaitan pencen.

Pemahaman dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Terima kasih.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.