Aktiviti Muat Turun Aplikasi MyPesara di Google Play Store Terganggu Buat Sementara Waktu

Aplikasi mudah alih MyPesara yang terdapat di Google Play Store kini dalam proses penyelenggaraan dan tidak dapat dimuat turun buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, pengguna Apple masih boleh memuat turun aplikasi tersebut di Apple App Store. Bagi pengguna sedia ada, aplikasi MyPesara masih boleh digunakan seperti biasa.

Untuk sebarang urusan berkaitan persaraan, anda digalakkan untuk menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di talian 03-8887 8777 pada waktu operasi atau menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami.

Perhatian anda dalam perkara ini amat kami hargai. Terima kasih.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.